Selamat Tahun Baru / Happy New YearDi kesempatan yang ada ini, saya berbesar hati mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pelayar laman blog di mana sahaja anda berada. Semoga tahun baru memberi makna kepada kita semua dan diharap kita akan lebih tabah dalam menghadapi hari yang mendatang. Semoga kita juga dimurahkan rezeki oleh-Nya dan mencapai kejayaan yang gemilang di masa hadapan.Selamat Tahun Baru 2009Patrick Ngeram
Tuesday, December 30, 2008
Sunday, December 14, 2008
Nama Barang : Woman Purse Tenun
Keterangan Barang :
Beg Tenun Perempuan (Woman Purse Tenun) ialah beg syiling yang dihasilkan melalui tenunan. Ia merupakan tenunan asli dan menggunakan benang yang tinggi nilainya. Corak tenunan yang dihasilkan juga pelbagai mengikut corak tradisi masyarakat lampau. Di Sarawak Beg Tenun Perempuan ini biasanya digunakan untuk menyimpan wang syiling, wang kertas dan barangan perhiasan golongan wanita.
Thursday, December 11, 2008
Nama Barang : Pasu Sarawak
Keterangan Barang :
Pasu Sarawak/Tembikar Sarawak memang tidak asing lagi bagi penduduk di Negeri Sarawak khususnya dan amnya di Malaysia. Walau bagaimanapun bukan semua yang memilikinya. Ada sesetengahnya hanya mampu untuk mendengar keunikkan dan kehalusan nilai seninya. Pasu Sarawak juga terkenal kerana keunikkan seni ukiran yang tersendiri dan tidak terdapat di negeri lain. Ukiran yang dihasilkan jauh lebih terperinci kerana pengukir bukan sahaja mengutamakan nilai seninya tetapi Pasu Sarawak juga boleh digunakan sebagai bekas air hiasan. Inilah keunikkan utamanya kerana disebalik ukiran yang menghiasi Pasu Sarawak, ia boleh digunakan untuk kegunaan lain.
Nama Barang : Pencil Box Kumbu
Keterangan Barang :
Merupakan bekas pensil yang diperbuat dari tenunan. Dengan motif tradisional ia menambahkan lagi nilai kesenian pada barangan ini. Kehalusan motif yang seumpama pucuk rebung atau pucuk paku pakis ia menandakan masyarakat lampau yang mencintai alam sekeliling. Keakraban yang tercipta ini diterjemahkan masyarakat tempatan dengan mencipta kehalusan dan kecintaan terhadap alam sekitar melalui hasil kreatif ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)